أنظر إلى ما قال ولا تنظر إلى من قال

"lihatlah pada apa yang diperkatakan, tanpa melihat pada siapa yang memperkatakannya" -saidina ali k.a.w

Tuesday, August 31, 2004

Aaishah Abu Bakar

Si Merah Isteri Rasulullah


Aaishah Abu Bakar menyelinap keluar daripada kediamannya. Bersama rakan sebaya, gadis ini leka bermain jongkang-jongkit sehingga rambut yang terurai panjang itu menjadi kusut. Datang beberapa orang wanita lalu membawanya pergi.

Aaishah dipakaikan busana pengantin, diperbuat daripada kain merah berjalur yang halus buatan Bahrain. Ibu membawanya ke sebuah rumah baru dan dia melihat kaum wanita Ansar berkumpul di sana, mengalu-alukan sambil berkata, "Semoga dirahmati dan dikurniai kegembiraan".

Rasulullah S.A.W tiba. Mangkuk berisi susu diedarkan. Rasulullah meneguk sekali, kemudian memberikannya kepada Aaishah. Malu-malu menerima.

Setelah meneguk sekali, mangkuk itu diberi kepada kakaknya, Asma' yang duduk di sisinya, diikuti hadirin yang lain.

Itulah detik perkahwinan Aaishah, puteri Abu Bakar as-Siddiq dengan Rasulullah dalam majlis yang ringkas tapi penuh takzim.

Aaishah dilahirkan pada 614 Masihi di Mekah, lapan tahun sebelum Hijrah dan menjadi isteri Rasulullah ketika usianya 10 tahun. Bagaimanapun perkahwinan hanya dilangsungkan pada tahun kedua selepas hijrah, ketika Aaishah berumur 14 atau 15 tahun.

Aaishah masih keanak-anakan ketika itu. Rakan-rakan dibiarkan bertandang ke rumah. Kata Aaishah, "Saya bermain anak patung bersama rakan. Apabila Rasulullah balik, mereka akan berlari keluar tapi baginda memanggil mereka semula, kerana baginda gembira bagi pihak saya kerana mempunyai mereka untuk bermain".

Daya ingatan yang kuat

Suatu ketika Madinah diserang wabak demam. Aaishah melawat bapanya dan terkejut melihat bapa dan dua sahabat terbaring lesu dan sakit. Aaishah bertanya bapanya dan si bapa menjawab dalam ayat-ayat yang tidak difahaminya.

Dua sahabat yang lain turut menjawab dalam patah kata yang baginya tidak mempunyai apa-apa makna, sebaliknya hanya racauan kosong. Aaishah kerisauan lantas mengadu kepada Rasulullah S.A.W.

"Mereka meracau. Mereka hilang akalkerana demam yang terlalu kuat". Rasululah bertanya mengenai 'racauan' mereka.

Seketika, baginda lega apabila Aaishah mengulang ayat demi ayat yang didengarnya itu, walaupun beliau sendiri tidak memahami apa yang 'diracaukan' mereka.

Peristiwa ini dianggap satu demonstrasi kepada kuatnya daya ingatan Aaishah, yang akan 'menyimpan' banyak 'khazanah' berharga yang bakal diungkapkan Rasulullah.

Aaishah, isteri paling disayangi Rasulullah. Sahabat selalu bertanya, "Siapakah yang paling tuan sayangi di dunia?" Baginda tidak pernah memberikan jawapan yang sama kepada soalan itu kerana baginda menyayangi ramai orang seperti anak-anak baginda, Abu Bakar dan Ali.

Tetapi apabila ditanya siapa isteri paling disayangi, baginda selalu menyebut Aaishah. Baginda memanggil Aaishah dengan panggilan manja Humaira' yang bererti Si Merah kerana kulitnya yang kemerah-merahan. Aaishah juga sangat mencintai baginda dan berkali-kali bertanya mengenai hal itu.

Pernah beliau bertanya: "Bagaimana cinta tuan terhadap saya?" "Seperti ikatan tali" kata baginda, bermaksud kuat dan semangat. Dari masa ke semasa Aaishah akan bertanya lagi, "Bagaimana ikatan itu?" Baginda akan menjawab: "Masih dalam keadaan yang sama".

Aaishah juga turut menyimpan perasaan cemburu, dan tidak dapat membayangkan jika baginda melebihkan orang lain daripadanya.

Beliau bertanya, "Jika tuan berada di antara dua cerun di suatu lembah, satu belum disentuh, dan satu lagi sudah disentuh, yang manakah tuan akan lepaskan ternakan tuan?"

"Di kawasan yang belum disentuh", jawab Rasulullah. Kata Aaishah: "Jika begitu, saya tidak seperti isteri tuan yang lain. Setiap mereka pernah bersuami, kecuali saya". Baginda tersenyum tetapi tidak berkata apa-apa.

Cemburukan Khadijah

Bagaimanapun Aaishah pernah berkata, "Saya tidak cemburukan isteri-isteri Rasulullah, sepertimana saya cemburukan Khadijah, kerana baginda selalu menyebut nama Khadijah dan kerana Allah telah memerintahkan supaya disediakan untuk Khadijah rumah besar yang cantik dibina daripada batu berharga di syurga".

"Setiap kali baginda melakukan korban, baginda pasti mengirimkan bahagian yang adil kepada kawan-kawan rapat Khadijah". Banyak kali saya berkata, "Seperti tiada wanita lain di dunia ini kecuali Khadijah".

Suatu ketika Aaishah merungut dan bertanya mengapa baginda sering menyebut nama 'perempuan tua' itu, baginda sangat tersinggung dan berkata, "Dia adalah isteri yang mempercayai saya ketika semua orang mengingkari saya. Dia menguatkan keyakinan ketika orang lain meragui saya. Ketika saya bersedih dia menghabiskan kekayaannya untuk mengubat kedukaan saya".

Namun Aaishah terkenal murah hati dan penyabar. Berhari-hari mereka tidak mempunyai api untuk memasak dan membakar rotidan sekadar bergantung kepada air sahaja. Tetapi kemiskinan tidak pernah membuatkannya malu dan tertekan.

Rasulullah pernah menjauhkan diri daripada isteri-isterinya selama sebulan kerana mereka meminta sesuatu yang baginda tiada. Setelah tamat tempoh itu, baginda menuju ke rumah Aaishah.

Beliau gembira menerima kedatangan Rasulullah, tetapi baginda memberitahu Allah menurunkan wahyu meminta diberikan kata dua kepada isteri-isteri baginda.

Ayat berkenaan: "Wahai Rasulullah, katakan kepada isteri-isteri kamu: jika kamu inginkan kehidupan dunia dn perhiasannya, saya akan anugerahkan kamu harta, dan say akan lepasakan kamu dengan adil. Tetapi jika kamu cintakan Allah dan pesuruh-Nya dan tempat di akhirat nanti, maka keberkatan Allah akan mengiringi kamu".

Balas Aaishah, "Sesungguhnya saya mahukan Allah dan pesuruh-Nyadan tempat di sana nanti", dan reaksinya diikuti oleh isteri-isteri baginda yang lain.

Aaishah patuh kepada pilihannya. Apabila umat Islam dilimpahi kekayaan, beliau pernah dihadiahkan 100,000 dirham. Beliau berpuasa ketika itu dan semua disedekahkan sehingga tidak berbaki lagi.

Kemudiannya pembantu Aaishah datang kepadanya. "Bolehkah puan membeli daging kira-kira sedirham bagi berbuka puasa?". Jawab Aaishah: "Kalau saya ingat sudah tentu saya sudah melakukannya".

bersambung..


Monday, August 23, 2004

Intishar Salsabeela

Sunday, August 22, 2004

Cinta Dan Suka

Dari Imam Qusayri,
"Mujahid itu ialah mereka yang berusaha membebaskan diri dari kekangan hawa nafsu yang menjadi sifat manusia, dan berusaha mengendalikan diri serta tidak memperturutkan kehendaknya (nafsu) dalam kebanyakan waktunya."

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira
Perasaan cinta bermula dari kata
Perasaan suka bermula dari telinga
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,

****Cuba fikirkan siapa yang anda cinta dan siapa yang anda suka..

NurKasih Ilahi jadikan impian didunia cintamu
NurKalam Ilahi jadikan hiasan disudut hatimu.
~ Sakinah Hj. Saptu ~
(dipetik dari sebuah laman perbincangan - sakinah hj. saptu)


Nilai kasih Ibu


"Love your God and your parents before you love somebody" -hyceid^tamk-

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : $17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab, "Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Saturday, August 21, 2004

Bashayyif, Alexandria dan Arab Mesir

"Jauh perjalanan, luas pemandangan" -Pepatah Melayu-
Dua tiga hari lepas, Aku, Jamp, Mea, Abe(gg) gi jalan-jalan kat Alexandria.. konon-konon nak bashayyif aar, tiru style arab mesir.. biasa kalau musim panas diaorang akan kumpul tepi pantai, mandi pantai dan sebagainya, kita orang sampai lebih kurang lepas Isyak.. lepak rumah Kak Jah aku, sumer ahli bait dia naik sha'ah atas coz kitaorang berempat akan bermalam kat situ..

Habis je makan malam, kitaorang pun keluar gi tepi pantai, bukan senang mma bleh lepak tepi Mediterrinean Sea, pulak2 tu tgh malam.. Memang malam tu ramai betul arab kat situ, barangkali diaorang pun panas kot dok kat umah.. dari hujung sebelah saner sampai hujung pagar Muntazah tu penuh ngan orang je.. ader yang tengah sembang2, tgh mandi-manda, ader gak tengah makan jagung tawar arab.. kitaorang pulak just dok tengok kerenah arab yang macam-macam ni je. Time budak-budak mesir lalu depan kitaorang, ader yang bisik2 sebut "Malizia.. Malizia.. Hongga.. Bongga".

Begini la ragam anak2 Mesir, sikit-sikit "Hongga Bongga".. pas tu "saah kaam?" .. dulu time aku mula2 sampai Mesir, aku tak suka sangat ngan situasi ni.. tapi bile dah lama sikit, baru le aku rasa cam seronok mma dok kat Mesir ni, aper org cakap Mesir ni umm ad dunya, macam-macam ader, ader yang kurang beradab dgn tetamu mereka samada yang datang ke Mesir untuk belajar ataupun utk melancong, tapi yg apa yang aku seronok sangat sini ramai tol alim ulamak yang betul2 alim ngan ilmu mereka, teringat plak aku kat Syeikh Yaseen, syeikh ngajar aku Quran kat sini.. minggu lepas dia tanya aku.. pasal ape aku dah 3 minggu tak hadir kelas dia.. malu plak rasenye aku ngan dia, lagak tuannya biasa je, cara dia berpakaian, berjalan, menghormati orang lain.. mmg dia seorg yang betul2 wara' dan tawaddu'.. patut le Allah Taala bagi dia ilmu yang melimpah ruah.. anak2 murid dia ramai sangat, aku doakan moga2 Allah selalu merahmatinya..

Setelah boring dok kat tepi pantai tu.. kitaorg pun balik arr, time tu lebih kurang dah pukul 2.30 am, sampai je rumah tak tidur pun.. rileks jap.. dah subuh, solat subuh.. baca2 lebih kurang, pas tu tidur .. orang kate tidur lepas subuh tak elok, mak aku selalu pesan setiap kali aku telepon Malysia jangan tidur lepas subuh, rezeki susah nak masuk.. tapi manusia kat sini time lepas subuh tu le diaorang tidur, sbb time ni la dingin sikit.. kalau malam panas.. aku sebenarnya pun sedang berusaha untuk tidak tidur lepas subuh sekarang.. harap2 aku berjaya, bukan ape aku takut tabiat ni terbawak2 kat malaysia plak bile pulang nanti.. moga2 allah memperkenankan hajatku ini... ameen ya Rabb..
Bersambung...